Post Single Template - Banci RISDA

Banci Pekebun Getah Kecil 2023 | Suara Risda

Pekebun Kecil RISDA, Sudahkah Anda Dibanci?

Tahukah anda, RISDA melaksanakan program bancian ke atas pekebun kecil pada setiap 10 tahun?

Bancian terakhir adalah pada tahun 2013, jadi tahun ini 2023, RISDA akan mengadakan program bancian ini sekali lagi untuk memastikan data pekebun kecil dikemas kini secara berskala.

Tanpa bancian ini, pekebun kecil di bawah RISDA mungkin terlepas menikmati pelbagai peluang seperti program-program keusahawanan, peningkatan produktiviti dalam sektor getah, dan BMT (Bantuan Musim Tengkujuh).

 

Apakah Program Bancian Pekebun Kecil Getah 2023 (BPKG 2023)?

Program Bancian Pekebun Kecil Getah 2023 (BPKG 2023) akan bermula pada 1 Julai 2023 dan berakhir pada 31 Disember tahun yang sama. RISDA berhasrat untuk menjalankan bancian menyeluruh ke atas lebih daripada 600,000 pekebun kecil getah melalui program ini.

Data yang diperoleh merangkumi tiga segmen utama, iaitu:

  • Maklumat Peribadi
  • Maklumat Ahli Isi Rumah
    Maklumat Pemilikan Tanah

Melalui data-data ini maklumat berkaitan pekebun kecil, profil kebun, data sosio-ekonomi, penglibatan Pekebun Kecil dalam program/aktiviti pembangunan dan kemasyarakatan anjuran RISDA atau agensi lain dapat diperolehi.

 

Tujuan Program Bancian Pekebun Kecil Getah 2023 (BPKG 2023)

Maklumat yang diperoleh daripada data banci merupakan asas penting bagi RISDA dalam merancang program berkaitan produktiviti dan kesejahteraan pekebun kecil.

Ini membolehkan mereka mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh pekebun kecil untuk memastikan bahawa setiap pekebun kecil tidak terkecuali daripada mendapat peluang untuk mendapatkan manfaatnya dan memastikan pertumbuhan industri getah yang mapan.

 

Objektif Pelaksanaan Program Bancian Pekebun Kecil Getah 2023 (BPKG 2023)

  1. Untuk mengurus maklumat Pekebun Kecil sepertimana yang diperuntukkan dalam Akta RISDA
  2. Untuk mengumpul, menyimpan, menyenggara dan menganalisis data berkaitan profil Pekebun Kecil, kebun dan sosio-ekonomi Pekebun Kecil termasuk penglibatan Pekebun Kecil dalam program/aktiviti pembangunan dan kemasyarakatan anjuran RISDA atau agensi lain
  3. Untuk mengenalpasti populasi terkini Pekebun Kecil, keluasan bertanam getah dan kedudukan sosioekonomi Pekebun Kecil sekeluarga
  4. Memungut, mentafsir serta menyebar perangkaan terkini maklumat yang berhubungan dengan sektor Pekebun Kecil; dan untuk mendapatkan data terkini sektor Pekebun Kecil untuk digunakan dalam perancangan pembangunan Pekebun Kecil.

 

Kenali Pembanci RISDA

Siapakah pembanci RISDA?

Untuk memberikan jawapan kepada pertanyaan ini, penting untuk diingat bahawa bancian RISDA hanya boleh dijalankan oleh pegawai pembanci RISDA yang berlesen.

Proses bancian ini melibatkan pelbagai cara seperti temu muka, temu bual telefon bimbit (Computer-Assisted Telephone Interviewing), dan temu bual komputer (Computer-Assisted Personal Interviewing), termasuk penggunaan aplikasi atas talian seperti RISDA e-banci.

Lebih dari 600 pegawai pembanci RISDA bersedia untuk memberikan bantuan kepada pekebun kecil dalam Program Bancian Pekebun Kecil Getah 2023 (BPKG 2023).

Pegawai pembanci RISDA mestilah:

  • Menunjukkan Kad Pekerja RISDA
  • Berpakaian Korporat RISDA

Pegawai pembanci RISDA dilengkapi dengan kad pengenalan diri atau pas yang sah. Anda perlu memastikan bahawa anda berurusan dengan petugas yang mempunyai lesen kerana hanya pegawai yang diberi kuasa di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) yang bertanggungjawab untuk memastikan data anda terlindungi dan dirahsiakan dari pihak luar yang tidak berkenaan.

 

Siapa Yang Perlu Dibanci?

Jika anda telah menjalani bancian pada tahun 2013, adakah anda masih perlu menjalani bancian pada tahun 2023?

Sudah tentu.

Sebenarnya, setiap pekebun kecil di bawah RISDA dikehendaki menjalani bancian pada setiap pelaksanaan Program Bancian Pekebun Kecil Getah (BPKG).

Jika anda adalah:

  • Pekebun kecil getah yang berstatus Pemilik Pengusaha dan Pemilik Bukan Pengusaha (ada pemilikan tanah) digalakkan untuk mengambil bahagian;
  • Pekebun kecil bererti memiliki tanah/tanaman getah dengan keluasan tidak melebihi 40 hektar (atau 100 ekar); dan
  • Semua pemilik kebun getah individu atau syarikat/koperasi

Anda boleh hubungi pegawai RISDA untuk dibanci.

 

Mengapa BPKG 2023 Penting?

Dengan meluangkan masa sebanyak 15-30 minit, pekebun kecil dapat menerima lebih banyak manfaat daripada RISDA, bukan sekadar bantuan tetapi program unutk meningkatkan produktiviti getah dan menambah pendapatan rumah.

Program Bancian Pekebun Kecil Getah (BPKG) oleh RISDA memegang peranan utama dalam meningkatkan kebajikan dan manfaat pekebun kecil. Ini kerana:

    1. Pengumpulan Data yang Penting: BPKG membolehkan RISDA mengumpul maklumat penting mengenai pekebun kecil dan industri getah. Data ini kritikal untuk merancang dasar, strategi, dan bantuan yang sesuai bagi pekebun kecil.
    2. Perancangan Tindakan dan Pembangunan: Data dari BPKG membolehkan RISDA merancang program-program yang meningkatkan produktiviti dan kesejahteraan pekebun kecil. Ini termasuk latihan, bantuan kewangan, dan inovasi yang bersesuaian dengan keperluan mereka.
    3. Pengurusan Sumber dengan Berkesan: Dengan data yang tepat, RISDA boleh mengagihkan sumber dan bantuan dengan lebih efisien, memastikan mereka yang memerlukannya menerima manfaat sebaik-baiknya.
    4. Pemantauan dan Penilaian: Data bancian membolehkan RISDA memantau perkembangan pekebun kecil dan industri getah, menilai kesan program-program yang telah dilaksanakan, dan membuat penyesuaian yang diperlukan.
    5. Kemajuan Sosioekonomi: BPKG adalah penting kerana ia membantu meningkatkan kualiti hidup pekebun kecil. Dengan menyediakan maklumat dan bantuan yang bersesuaian, ia memberi kesan positif kepada kehidupan mereka dan pertumbuhan industri getah negara.

 

Mulakan Bancian Sekarang

Sudah bersedia untuk dibanci?

Anda boleh menghubungi pegawai pembanci RISDA melalui:

      • Bersemuka

      • Panggilan telefon bimbit (Computer-Assisted Telephone Interviewing)
      • Atas talian (Computer-Assisted Personal Interviewing) termasuk melalui aplikasi atas talian, RISDA e-banci (https://www.bancirisda.my/cara-menyertai/ )

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh rujuk pada halaman soalan lazim BPKG (https://www.bancirisda.my/soalan-lazim/) atau hubungi RISDA di:

Kongsikan artikel ini di media sosial anda

Terkini

Farahin

Banci Pekebun Getah Kecil 2023 | Suara Risda

admin

RISDA sasar bantu lebih 400,000 pekebun kecil tahun depan

All Categories
Tags

Agriculture & Organic Farms

SPECIAL ADVISORS
Quis autem vel eum iure repreh ende

+0123 (456) 7899

contact@example.com