Cara Menyertai

SKOP DAN LIPUTAN

Skop Dan Liputan

1

Responden banci adalah Pekebun Kecil getah yang berstatus pemilik pengusaha dan pemilik bukan pengusaha.

2

Responden juga termasuk yang di bawah Agensi selain RISDA yang diperakukan pemilikan tanahnya oleh Agensi berkaitan.

3

Selain responden, bancian termasuk KIR, AIR atau individu lain (yang diwakil kuasa kepada Pekebun Kecil) yang menyumbang kepada pendapatan kolektif Pekebun Kecil sekeluarga.

4

Maklumat dikumpul meliputi kebun, sosio-ekonomi dan penglibatan dalam program/aktiviti pembangunan dan kemasyarakatan anjuran RISDA atau agensi lain.

5

Kawasan liputan bancian ialah seluruh Malaysia.

6

Tempoh bancian selama 6 bulan.

7

Data yang dikumpul dijadikan data bagi tahun 2023 sebagai rujukan.

Dokumen yang Perlu Disediakan:

Bagi memastikan kelancaran proses banci, sila bersedia dengan maklumat atau dokumen seperti berikut:

  • Kad pengenalan.
  • Salinan geran tanah.
  • Senarai akaun bank.
  • Salinan kad PAT-G.
  • Salinan kad pengenalan semua ahli isi rumah.

Jaminan Kerahsiaan

Semua maklumat yang dikongsikan semasa proses pembancian secara bersemuka adalah sulit. Sila pastikan pegawai lapangan kami menunjukkan kad kuasa pembanci yang dikeluarkan Oleh pihak RISDA.

Kenali Pembanci Anda

  • Memakai Tali Kad Pembanci berlogo Banci RISDA
  • Menunjukkan Kad Pekerja RISDA
  • Berpakaian Korporat RISDA
  • Memakai tanda pergelangan tangan (wristband) berlogo Banci RISDA

Dokumen yang Perlu Disediakan

Bagi memastikan kelancaran proses banci, sila bersedia dengan maklumat atau dokumen seperti berikut:

  • Kad pengenalan.
  • Salinan geran tanah.
  • Salinan akaun bank.