Tentang Kami

PENGENALAN

Pengenalan

Banci Pekebun Kecil Getah (BPKG) adalah operasi pengumpulan data yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) terhadap 600,000 orang responden pekebun kecil di seluruh Malaysia.

Data yang dikumpulkan meliputi 3 segmen iaitu:

Maklumat
Peribadi

Maklumat Ahli
Isi Rumah

Maklumat Pemilikan
Tanah

Tujuan BPKG adalah untuk membantu RISDA dalam merancang program dan strategi untuk meningkatkan produktiviti dan kesejahteraan pekebun kecil di seluruh Malaysia.

Latar Belakang

RISDA bertanggungjawab melaksanakan Banci Pekebun Kecil

selaras dengan tanggungjawab yang termaktub dalam Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972 di bawah Seksyen 3A(k) iaitu;

“Untuk mengumpulkan, menguruskan dan menyebarkan perangkaan atau maklumat yang perlu dan menyenggarakan rekod semua perkara yang berhubungan dengan sektor Pekebun Kecil.”

Banci Pekebun Kecil telah dilaksanakan

pada tahun 1977, 1992 dan 2002 meliputi semenanjung Malaysia sahaja. Manakala pada tahun 2013 Banci Pekebun Kecil telah dilaksanakan meliputi Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Melalui BPKG 2023,

maklumat statistik terkini Pekebun Kecil getah di Malaysia perlu dikemaskini. Antara maklumat yang perlu dikumpul adalah berkaitan profil Pekebun Kecil, profil kebun, data sosio-ekonomi, penglibatan Pekebun Kecil dalam program/aktiviti pembangunan dan kemasyarakatan anjuran RISDA atau agensi lain.

BPKG 2023 akan menyediakan

maklumat berkaitan Pekebun Kecil untuk sebaran kepada kerajaan dan pihak lain yang berkepentingan.

OBJEKTIF PELAKSANAAN BPKG 2023

1

Untuk mengurus maklumat Pekebun Kecil sepertimana yang diperuntukkan dalam Akta RISDA

2

Untuk mengumpul, menyimpan, menyenggara dan menganalisis data berkaitan profil Pekebun Kecil, kebun dan sosio-ekonomi Pekebun Kecil termasuk penglibatan Pekebun Kecil dalam program/aktiviti pembangunan dan kemasyarakatan anjuran RISDA atau agensi lain

3

Untuk mengenalpasti populasi terkini Pekebun Kecil, keluasan bertanam getah dan kedudukan sosioekonomi Pekebun Kecil sekeluarga

4

Memungut, mentafsir serta menyebar perangkaan terkini maklumat yang berhubungan dengan sektor Pekebun Kecil;  dan untuk mendapatkan data terkini sektor Pekebun Kecil untuk digunakan dalam perancangan pembangunan Pekebun Kecil.